DAP umum calon 10 hari lagi

Kula Segaran (tujuh, kanan) bersama orang ramai bergambar ketika mengedarkan kalendar di Pasar Kampung Tawas, di sini.
Kula Segaran (tujuh, kanan) bersama orang ramai bergambar ketika mengedarkan kalendar di Pasar Kampung Tawas, di sini.
A
A
A

IPOH - DAP dijangka mengumumkan calon yang akan bertanding pada PRK kawasan Parlimen Cameron Highlands dalam masa 10 hari.

Naib Pengerusinya, M Kula Segaran berkata, pengumuman secara rasmi akan dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Beliau berkata, Majlis Presiden PH sudahpun menetapkan bahawa kerusi tersebut milik DAP.

"Esok kita akan mula pusingan pertama untuk melawat Cameron Highlands. YB Lim Kit Siang dan saya akan berada di Ringlet untuk bertemu masyarakat selepas PRU.

"Ini merupakan peluang di mana kita akan tandingi pada PRU akan datang dan kita akan pergi ke tempat Orang Asli," katanya, hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengedarkan kalendar di Pasar Kampung Tawas, di sini.

Kula Segaran berkata, selain Kit Siang, bakal-bakal calon juga akan turut bersama-sama turun padang bertemu masyarakat.

"Kita harap warga Cameron Highlands dapat memberi sokongan yang kuat kepada PH supaya kita dapat mengambil alih kerusi Parlimen itu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!