SRITI Al-Mustaqim perlukan RM40,000

MOHD TAUFIK
MOHD TAUFIK
A
A
A

GOMBAK - SRITI Al-Mustaqim kekurangan RM40,000 untuk projek ubah suai sekolah melibatkan tambahan dua kelas dan sebuah perpustakaan untuk kegunaan pelajar-pelajarnya.

Pengerusi Jemaah Ibu Bapa dan Guru SRITI Al-Mustaqim, Mohd Taufik Mohd Yusof berkata, kos sebenar projek adalah RM140,000 namun sebahagian besar amaun itu berjaya disediakan melalui kutipan dan program diadakan sejak lima bulan lalu.

Menurutnya, beliau menyasarkan projek tersebut mampu disiapkan sebelum pembukaan sesi persekolahan 2019, tahun depan.

"Sekolah beroperasi sejak 2017 dan kini jumlah pelajarnya seramai 110 orang dan dijangka bertambah lagi 60 orang sesi depan.

"Ubah suai ini adalah wajar disebabkan pertambahan pelajar dan projek kini di fasa 80 peratus siap dijangka mampu digunakan mengikut jadual ditetapkan," katanya.

Katanya, sejumlah RM10,000 berjaya dikutip pada Majlis Makan Malam Dana SRITI Al-Mustaqim melalui penjualan meja kepada 200 tetamu yang hadir.

"Kami turut alu-alukan dana dan sumbangan prasarana seperti loker, kerusi dan meja untuk pelajar serta bilik guru, pendawaian elektrik dan lain-lain," katanya.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank SRITI Gombak Management 562405620475 atau CIMB 8602581062.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!