Sanggup berhabis duit demi kucing klon

KOS projek pengklonan kucing peliharaan tersebut adalah 250,000 yuan (RM146,697.50) bagi kucing klon.
KOS projek pengklonan kucing peliharaan tersebut adalah 250,000 yuan (RM146,697.50) bagi kucing klon.
A
A
A

GARA-GARA tidak sanggup melupakan kucing peliharaan yang mati akibat jangkitan pundi kencing, seorang pencinta haiwan jenis British Shorthair sanggup menghabiskan wang simpanan untuk menjayakan projek pengklonan kucingnya.

Menurut laporan interestingengineering.com, pemilik kucing terbabit, Huang Yu sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan kucing kesayangannya terus 'hidup' dan bekerjasama dengan Syarikat Biotechnology Sinogene.

Menariknya, syarikat bioteknologi yang berpangkalan di Beijing itu dilaporkan berjaya melaksanakan projek pengklonan kucing pertama, Garlic yang terhasil melalui sel original kucing milik Huang Yu untuk membentuk embrio klon terbabit.

Kejayaan itu menarik perhatian ramai apabila proses implantasi embrio melalui ibu tumpang berjaya sejak Julai lalu dan dan Garlic yang berusia 66 hari itu dilaporkan stabil.

Kejayaan itu membuktikan perkembangan teknologi pengklonan haiwan peliharaan mendapat permintaan meluas dalam kalangan rakyat China yang dianggarkan seramai 73 juta orang memiliki kucing dan anjing peliharaan di negara republik itu.

Difahamkan juga, Sinogene turut merancang membangunkan mesin manusia dengan teknologi kecerdasan pembuatan (Ai) dalam usaha untuk pembentukan sumber memori memandangkan klon sedia ada tidak dilengkapi memori.

Kos bagi projek pengklonan kucing peliharaan tersebut bukannya murah lebih-lebih lagi melangkaui jangkauan futuristik dan harga yang disenaraikan adalah 250,000 yuan (RM146,697.50) bagi kucing klon manakala 380,000 yuan (RM222,980.20) untuk anjing klon.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!