Warga emas maut kemalangan
PORT DICKSON - Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal yang ditunggang terlibat kemalangan di Kilometer 24 Jalan Chuah, Bukit Pelandok semalam.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Chuah kira-kira jam 7.45 malam.
"Warga emas itu dikatakan keluar ke simpang sebelah kanan sebelum sebuah motosikal jenis EX5 dari arah Pekan Bukit Pelandok telah melanggar motosikalnya
"Akibatnya mangsa dan penunggang motosikal berusia 29 tahun cedera parah dan dihantar ke Hospital Port Dickson untuk rawatan lanjut," katanya kepada Sinar Harian.
Bagaimanapun katanya, mangsa yang beralamat di Kampung India Bukit Pelandok disahkan meninggal dunia dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!