Jangan main belakang: Syed Saddiq

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ketua Srikandi Bersatu Datuk Seri Rina Harun melaungkan slogan 'Hidup Bersatu' pada Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Srikandi dan Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sempena Perhimpunan Agung Tahunan Parti Bersatu Kali Kedua 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

PUTRAJAYA - Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengingatkan ahli-ahli Bersatu supaya jangan main belakang, sebaliknya ikut saluran betul dalam menyuarakan rasa tidak puas hati.

Beliau berkata, ia ekoran sikap sekumpulan ahli parti itu yang tidak berpuas hati dengan Armada sehinggakan ada cubaan ketua bahagian membuang ketua Armada bahagian secara senyap.

"Saya mahu beri amaran kepada mereka yang berbuat demikian! Jika tidak berpuas hati dengan Ketua Armada Pusat atau bahagian, guna cara yang betul.

"Jangan main belakang-belakang. Ikut saluran yang tepat," katanya ketika Ucapan Dasar Ketua Armada Bersatu di hadapan perwakilan Armada di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC), di sini, hari ini.

Syed Saddiq berkata, ia kerana pelantikan ketua Armada bahagian bukan dibuat pimpinan tertinggi parti termasuk Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mahupun beliau sendiri.

Katanya, ia sebaliknya dilakukan oleh bahagian tanpa campur tangan beliau.

"Ketua bahagian, jadi cuba lebih bertanggungjawab. Jangan sesekali buang ketua Armada bahagian dengan jalan belakang, jalan pintas.

"Sekarang tangan yang melantik nak jadi tangan sama yang membuang. Itu tidak adil," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, ketua Armada bahagian merupakan antara pejuang awal yang bekerja siang dan malam tanpa gaji.

"Jangan buang mereka sesuka hati. Saya sendiri akan halang dan lawan mereka yang tidak mahu patuh pada prosedur parti," katanya.

Beliau turut memberi amaran supaya jangan sesekali cuba menyimbah api pada sayap parti Bersatu itu.

"Jatuh bangun Bersatu adalah Armada. Tanpa Armada, Bersatu gulung tikar.

"Ingatlah 'my brothers in' Armada. Selagi Armada bersatu, kita akan maju," katanya.

Ucapan bertenaga Syed Saddiq itu turut mendapat sorakan kira-kira 800 perwakilan Armada dalam Persidangan Agung Tahunan Armada Bersatu 2018.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!