Belon helium dilarang pada raptai, sambutan Hari Kebangsaan 2019
PUTRAJAYA - Orang ramai dan peniaga tidak dibenarkan membawa atau menjual belon helium di Dataran Putrajaya di sini semasa raptai penuh Hari Kebangsaan 2019 esok dan hari sambutan pada Sabtu ini.
Perbadanan Putrajaya (PPj) dalam satu notis hari ini berkata, larangan itu bertujuan memastikan kelancaran acara dan keselamatan ruang udara di Putrajaya yang akan digunakan oleh pesawat-pesawat untuk membuat pertunjukan pada hari tersebut.
"Kerjasama semua amat diharapkan bagi memastikan sambutan Hari Kebangsaan 2019 dapat dilaksanakan dengan jayanya," kata PPj.
Putrajaya adalah tuan rumah bagi acara perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2019. Tema Hari Kebangsaan tahun ini adalah Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih.- Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!