Bantuan khas dirancang untuk ibu selepas bersalin di Sarawak

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUCHING - Kerajaan negeri Sarawak sedang merancang untuk memberikan bantuan kewangan khas selama tiga bulan kepada para ibu yang baru melahirkan anak.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bagaimanapun berkata jumlah bantuan itu akan diumumkan beliau semasa pembentangan bajet Sarawak 2020 nanti.

“Kita (Kerajaan negeri) bersimpati dengan ibu-ibu yang bekerja dengan gaji hari atau yang tidak bekerja kerana mereka tidak mempunyai pendapatan dalam tempoh berpantang selama tiga bulan. Waktu itu mereka (Ibu berpantang) memerlukan duit untuk membeli keperluan bayi seperti susu, lampin dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Hari Inovasi Dan Integriti Tanah Dan Survei Sarawak (HIITS) 2019 anjuran Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, di sini hari ini.

Abang Johari berkata, peruntukkan untuk bantuan itu adalah hasil daripada sumber kepelbagaian pendapatan dan pencukaian negeri.- Bernama

Artikel Berkaitan: