Tiga unit kondominium terbakar

Kebakaran melibatkan tiga unit rumah si tingkat 13 sebuah kondominium di Taman Chempaka, Pandan.FOTO: Bomba
Kebakaran melibatkan tiga unit rumah si tingkat 13 sebuah kondominium di Taman Chempaka, Pandan.FOTO: Bomba
A
A
A

AMPANG - Tiga unit kondominium di Taman Chempaka, Pandan di sini musnah dalam kebakaran petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, Pusat Gerakan Operasi Negeri Selangor menerima panggilan kecemasan pada jam 3.33 petang.

Bomba berjaya mengawal kebakaran pada jam 3.58 petang.
Bomba berjaya mengawal kebakaran pada jam 3.58 petang.

Menurutnya, pasukan bomba yang dihantar ke tempat kejadian mendapati kebakaran berlaku di tingkat 13.

"Kebakaran dapat dikawal pada jam 3.58 petang. Rumah pertama dianggarkan musnah 100 peratus manakala 50 peratus dan 30 peratus bagi rumah kedua serta ketiga," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

No Image Caption

Hafisham menambah, kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 4.57 petang dan tiada kemalangan jiwa berlaku.

Operasi menyelamat dan memadam kebakaran melibatkan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan dan Ampang dengan kekuatan anggota seramai 17 orang.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!