Fenomena air laut pasang besar landa pesisiran pantai Selangor
SHAH ALAM - Fenomena air laut pasang besar diramalkan akan berlaku bermula 1 hingga 2 September 2019, 29 September sehingga 2 Oktober dan 27 hingga 30 Oktober 2019 di persisiran pantai negeri ini.
Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor dalam satu kenyataan berkata, fenomena air laut pasang besar itu mencatatkan ketinggian paras air laut mencecah 5.7 meter.
"Sekiranya cuaca hujan lebat dan keadaan angin kencang berlaku, risiko berlakunya banjir akan meningkat.
"Kerajaan Selangor menasihatkan agar penduduk di kawasan berisiko dapat mematuhi arahan pihak berkuasa keselamatan dari masa ke semasa," katanya.
Katanya, kerajaan negeri telah mengarahkan persediaan menghadapi bencana tahap tinggi dilaksanakan melibatkan daerah Klang, Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.
INFO
KAWASAN-KAWASAN BERISIKO TINGGI BANJIR AKIBAT FENOMENA AIR PASANG BESAR TAHUN 2019
Sepang
• Pesisir Pantai Bagan Lalang
• Kampung Tanjung Rhu
• Kampung Bagan Lalang
• Kampung Orang Asli Bagan Lalang
Kuala Langat
• Pantai Kelanang
• Pesisir Kawasan Tanjung
Sepat
• Jalan Harmoni
• Kwee Kee Fishery
• Istana Pantai Bahagia
• Rumah Penginapan Persekutuan
• Jalan Kundang 6
• Pekan Tanjung Sepat
Tanjung Sepat Klang
• Pengkalan Tok Muda
• Ban Sementa
• Ban Sg. Keramat Batu 5 Kapar
• Jalan Pandamaran
• Taman Selat Damai
• Pelabuhan Klang
• Kampung Perepat – Jeti
Nelayan Kampong Perepat
• Northport (Pelabuhan Klang)
• Pulau Ketam
Telok Gong Kuala Selangor
• Pantai Remis Jeram
• Kg. Lembah Pantai
• Kg. Tok Adam
• Kg. Bagan Pasir
• Kg. Bagan Sg. Kajang
• Kg. Bagan Pasir
Penambang
• Taman Bayu, Mukim
Permatang
• Bandar Baru
• Pusat E-Pengisytiharan
Lembaga Kemajuan
• Kg. Sg. Semilang – Medan
Selera Pantai Remis – Pantai Indah Seaview Resort
• Bagan Tengkorak
Jalan Bomba Tanjung Karang, Sabak Bernam
• Ban Tebuk Mendeling
• Pantai Bagan Sg. Besar
• Pantai Bagan Nakhoda
• Pantai Batu 23 Sg. Nibong
• Ban Pantai Sg. Lang
• Kg. Sg. Air Tawar
• Parit Baru
• Kampung Sungai Gatal
• ILDAS – Kampong Datuk
Rahman Shafiee
• Kampung Parit Baroh –
Institut Perakaunan Negara
• Politeknik Sultan Idris Shah –
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam
• Persisiran Pantai Bedena
• SMA Pasir Panjang – Kg.Pasir Panjang
• Bagan Sekinchan
• Bagan Sungai Besar
• Bagan Sungai Burong
• Jalan Seri Sentosa 2
Kampung Sekendi
SENARAI PUSAT PEMINDAHAN YANG TERLIBAT DAN NOMBOR PERHUBUNGAN BILIK GERAKAN DAERAH
Sepang
1. Maahad Intergrasi Tahfiz Selangor
Bilik Gerakan Pejabat Daerah / Tanah Sepang
No. Tel: 03-87064613
Kuala Langat
1. Dewan Orang Ramai Kg Kelanang
2. Dewan Orang Ramai Sri Kundang, Kg Kundang
Bilik Gerakan Pejabat Daerah / Tanah Kuala Langat
No. Tel:03-31822565
Klang
1. Dewan Serbaguna Kg Sg Serdang
2. SRA Kg Batu 4 Jalan Kapar
3. Dewan Kompleks Sukan Pandamaran
4. Dewan Serbaguna MPK Pelabuhan
Klang Bilik Gerakan Pejabat Daerah/Tanah Klang
No. Tel: 03-33716700
Kuala Selangor
1. Institut Pengurusan Peladang Tg Karang
2. Dewan SRJK(C) Pasir Penambang
3. SMK Seri Tanjong
4. SK Pasangan
5. Sekolah Kebangsaan Asam Jawa
6. Balairaya JKKK Kg Pasir Tuntong
7. Dewan Orang Ramai Jeram
8. Balai JKKK Kg Sg Sembilang
9. Dewan Orang Ramai Sg Buloh
10.Sekolah Kebangsaan Tambak Jawa
Bilik Gerakan Pejabat Daerah / Tanah Kuala Selangor
No. Tel: 03-32897632 / 03-32896225 (APM)
Sabak Bernam
1. Dewan Sri Sekinchan
2. Dewan Seri Bernam
3. Dewan Parit Baru
4. Dewan Sri Nakhoda, BNO
Bilik Gerakan Pejabat Daerah / Tanah Sabak Bernam
No. Tel:03-32247058 /03-32241794 (APM)
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!