Curi bagasi kerana 'rasa seronok'
WASHINGTON - Seorang usahawan India yang pernah bekerjasama dengan keluarga Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump telah ditahan kerana mencuri bagasi di lapangan terbang di Washington.
Ketua Pegawai Eksekutif Chawla Hotels, Dinesh Chawla dilihat mengambil beg dari tempat mengambil bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Memphis pada akhir minggu lalu.
Menurut polis, Chawla turut meletakkan beg pakaian yang dicuri itu di dalam keretanya dan kembali semula ke lapangan terbang itu untuk menaiki penerbangan.
Penahanan itu dibuat ketika dia kembali semula ke Memphis dan Chawla turut mengaku mencuri dua beg yang bernilai kira-kira AS$4,000 (RM16,837).
“Dia mengaku sudah sekian lama melakukan perbuatan itu. Dia juga tahu perbuatan itu salah, namun dia melakukannya untuk tujuan keseronokan,” jelas laporan terbabit.
Difahamkan, hubungan keluarga Trump dan Chawla bermula sejak 1988 dan ia mencetuskan rasa tidak senang dalam kalangan ahli Demokrat. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!