Akhyar patut balas jasa Kedah dulu...

Khamal Idris (empat, kanan) semasa bersama pengurusan KFA selepas majlis penerangan kepada semua kelab penyokong Kedah di Stadium Darul Aman, kelmarin. Foto KFA
Khamal Idris (empat, kanan) semasa bersama pengurusan KFA selepas majlis penerangan kepada semua kelab penyokong Kedah di Stadium Darul Aman, kelmarin. Foto KFA
A
A
A

PENYERANG negara, Akhyar Rashid sepatutnya terus kekal di bumi Kedah untuk membalas segala jasa Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) sehingga tamat kontraknya pada 2019 sebelum meninggalkan pasukan itu.

Presiden Persatuan Bekas Pemain Bola Sepak Negeri Kedah (KEFA), Khamal Idris Ali berkata, pasukan ini yang bertanggungjawab mengilapkan bakatnya dengan memberi peluang beraksi bersama pasukan Belia, Presiden sehinggalah beraksi bersama pasukan Liga Super Kedah.

Menurutnya, sukan bola sepak adalah elemen yang melibatkan hati dan perasaan banyak pihak seperti persatuan, penyokong bola sepak, kawan-kawan termasuk pasukan lawan.

"Jika beliau keluar semasa kontrak sudah tamat, tidak akan timbul sebarang masalah malah persatuan dan penyokong Kedah akan hormat setiap keputusan yang dibuat oleh pemain.

"Hanya perlu kekal untuk Kedah setahun sahaja lagi untuk balas budi, habis kontrak selepas itu rancanglah mahu bermain dengan pasukan lain dan tidak ada siapapun akan halang lagi," katanya ketika dihubungi Sukan Sinar.

Legenda Hijau Kuning itu berkata, apabila mendapat tawaran yang lebih baik sebenarnya pada waktu yang sama semua pemain seharusnya perlu adil kepada semua orang terlebih dahulu.

Menurutnya, pemilihan keputusan yang tepat akan membantu kerjaya seseorang pemain tersebut untuk lebih berjaya pada masa hadapan seiring dengan logo KFA iaitu "Biar Jasa Jadi Kenangan".

"Dalam hal ini, Kedah dilihat tidak mempunyai isu dengan Akhyar dan ke mana hala tujunya cuma caranya sahaja (yang mahu keluar dari pasukan) tidak kena (kerana masih lagi berbaki kontrak)," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Khamal Idris berkata, tindakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang membuat keputusan tanpa berbincang dengan KFA terlebih dahulu telah mengheret keadaan sehingga menjadi lebih serius.

"Pada saya FAM kena runding balik dengan KFA walaupun keputusan dah dibuat, mereka boleh tarik balik keputusan jika tidak mahu lihat kes ini dibawa juga ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Semalam Sukan Sinar melaporkan KFA melalui Setiausaha Kehormatnta, Mohd Asmirul Anuar Aris bertegas membawa kes pampasan pemainnya, Akhyar ke CAS sekiranya FAM tidak menyemak kembali rayuan mereka.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam yang berkata hal tersebut tidak perlu dibawa sehingga ke CAS malah boleh diselesaikan secara dalaman dengan lebih baik.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!