Bangunan Coffee Town di Jalan Pudu terbakar

Tingkat dua dan tiga bangunan Coffee Town terbakar awal pagi tadi.
Tingkat dua dan tiga bangunan Coffee Town terbakar awal pagi tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bangunan Coffee Town yang menjual produk kopi pelbagai jenama di Jalan Pudu di sini terbakar awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 5.12 pagi itu, tingkat dua dan tiga bangunan melibatkan keluasan 9,600 kaki persegi itu musnah keseluruhan.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur memaklumkan, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu bersama bantuan BBP Hang Tuah, Cheras dan KLCC dengan kekuatan 38 anggota dikejarkan ke lokasi.

Kesan kebakaran selepas operasi pemadaman selesai.
Kesan kebakaran selepas operasi pemadaman selesai.

"Api berjaya dikawal jam 7.52 pagi. Insiden turut menyebabkan bumbung di tingkat tiga runtuh kira-kira jam 9 pagi.

"Insiden bagaimanapun tidak melibatkan mangsa. Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Katanya, Pasukan Bomba Sukarela Desa Petaling Bukit Bintang dan Unit Siasatan Kebakaran Bomba turut membantu memadamkan kebakaran dalam operasi berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!