Kendi simbolik didik orang asli utamakan kebersihan

Tiong Lam menyerahkan sumbangan kepada penghulu orang asli, Mamat Pokok.
Tiong Lam menyerahkan sumbangan kepada penghulu orang asli, Mamat Pokok.
A
A
A

GUA MUSANG - Sebanyak 54 keluarga masyarakat Orang Asli Bateq, Kampung Kuala Koh di sini menerima sumbangan kendi daripada Kelab Kebajikan Cakna Kelantan (KKCK) bagi mendidik mereka menggunakan air bersih.

Pengerusinya, Pui Tiong Lam berkata, sumbangan bernilai RM6,000 itu turut meliputi barangan makanan dan minuman.

Menurutnya, sumbangan tersebut membuktikan keprihatinan kelab terhadap semua kaum di negeri ini setelah masyarakat di perkampungan berkenaan ditimpa bencana awal Jun lalu.

"Kita sedih dengan insiden yang berlaku kepada masyarakat orang asli di sini apabila wabak demam campak membunuh 15 ahli keluarga mereka.

"Kita menghormati kepercayaan dan adat setiap kaum di Kelantan. Oleh itu, kita tampil membantu meringankan beban mereka. Kita memilih kendi sebagai salah satu sumbangan kerana mahu mendidik mereka masak air terlebih dahulu untuk diminum sebagai langkah menjaga kebersihan dan kesihatan," katanya.

Kembara KKCK dari Kota Bharu itu memakan masa hampir empat jam untuk tiba di perkampungan tersebut melibatkan 30 ahli kelab dengan lapan pacuan empat roda pada Selasa lalu.

Tiong Lam bersama rombongannya turut melawat rumah tradisional orang asli Kuala Koh.
Tiong Lam bersama rombongannya turut melawat rumah tradisional orang asli Kuala Koh.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!