Florida umum darurat, siap sedia hadapi Taufan Dorian

Penduduk di Yabucoa, Puerto Rico bersiap sedia menghadapi Taufan Dorian. - Foto AFP
Penduduk di Yabucoa, Puerto Rico bersiap sedia menghadapi Taufan Dorian. - Foto AFP
A
A
A

MIAMI - Gabenor Florida, Ron DeSantis mengisytiharkan darurat bagi daerah yang berada dalam laluan Taufan Dorian yang membadai Caribbean dan menuju ke pantai timur Amerika Syarikat (AS).

"Hari ini (Rabu), saya mengisytiharkan darurat bagi memastikan Florida bersedia sepenuhnya menghadapi Taufan Dorian.

"Amat penting untuk penduduk pantai timur Florida memerhatikan situasi taufan itu.Setiap penduduk Florida harus mempunyai bekalan termasuk makanan, air dan ubat-ubatan untuk sekurang-kurangnya tujuh hari selain bersedia dengan pelan kecemasan," kata DeSantis dalam satu kenyataan.

Taufan tersebut dijangka membadai timur Puerto Rico lewat semalam sebelum menuju ke Florida atau Georgia menjelang hujung minggu ini. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!