ISEE 2019 himpun pakar pendidikan khas seluruh dunia

Mohd Gazali ketika berucap pada Pameran Pendidikan Khas Antarabangsa 2019 (ISEE 2019) di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE (MECC) hari ini.
Mohd Gazali ketika berucap pada Pameran Pendidikan Khas Antarabangsa 2019 (ISEE 2019) di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE (MECC) hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pameran Pendidikan Khas Antarabangsa 2019 (ISEE 2019) di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE (MECC) di sini hari ini berjaya menarik ramai pakar pendidikan khas dari seluruh dunia.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Mohd Gazali Abas berkata, antara pakar yang hadir adalah dari negara maju antaranya seperti Jepun, United Kingdom dan Hong Kong.

"Saya difahamkan program yang pertama kali dianjurkan ini berjaya membawa pakar-pakar yang akan berkongsi kepakaran mereka kepada kita.

"Kerajaan menyokong perkara ini dan kita cukup teruja dengan penglibatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersama kerajaan untuk melunaskan agenda kita dalam mengangkat golongan murid berkeperluan khas (MBK) dan golongan istimewa," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Pameran yang berlangsung selama empat hari itu dan yang pertama kali dianjurkan di Malaysia bakal memberi manfaat kepada negara dalam memperkasakan keperluan MBK.

Sementara itu, Pengasas ISEE 2019 yang juga Pengarah Urusan GR8 Dreams Sdn Bhd, Datin Lorela Chia berkata, fokus ISEE 2019 adalah bagi memperkasakan kelompok MBK.

Katanya, pemerkasaan itu meliputi peningkatan kemasukan kanak-kanak istimewa dan kurang upaya dalam pendidikan khas.

"Aspirasi kami menjelang 2025 sebanyak 20,000 kerjaya mampan untuk golongan itu," katanya.

Artikel Berkaitan:

ISEE 2019 anjuran bersama Persatuan Pendidikan Kurang Upaya Kebangsaan (PPKK) dan Persatuan Pendidikan Kurang Upaya Kuala Lumpur (PPKKL) bersama Universiti Malaya (UM) dan Jobs Malaysia dengan sokongan Kementerian Pendidikan.

Pameran itu adalah platform ke arah pengiktirafan kepada peranan MBK untuk membolehkan kanak-kanak istimewa mendapat akses ekosistem sempurna bagi membolehkan mereka mendapat pendidikan sepenuhnya supaya dapat menjalani hidup yang lebih produktif.

Sehingga Januari tahun ini, sebanyak 83,039 MBK, kanak-kanak istimewa dan kurang upaya didaftarkan di sekolah kerajaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!