'Jika semua mahu berhimpun, bila nak bersatu'

Razali (empat dari kanan) dan Mohd Noor (lima dari kanan) hadir membuat laporan polis di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur hari ini.
Razali (empat dari kanan) dan Mohd Noor (lima dari kanan) hadir membuat laporan polis di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa digesa segera menyiasat dakwaan rancangan penganjuran himpunan yang mendesak kerajaan membubarkan Parlimen.

Presiden Gerakan Memartabat Pejuang Negara Malaysia (GMPN), Mejar (B) Razali Zakaria berkata, dakwaan penganjuran itu tersebar melalui badan bukan kerajaan (NGO) Gerakan Pembela Ummah (Ummah).

Menurutnya, pihaknya menganggap himpunan tersebut adalah satu bentuk provokasi dan ia lebih menjurus kepada isu perkauman.

"Kita tengok ada kaum dengan himpunannya. Bila hendak bersatu kalau semua bangsa sibuk hendak membuat himpunan masing-masing yang akhirnya menjadikan negara kucar-kacir. Tidak dinafikan isu perkauman ini sangat meruncing dan tidak boleh dibiarkan. Kita tidak boleh biarkan api ini, ia akan merebak.

"Dari api yang kecil ini kita kena padam, kalau dah besar sudah tidak guna lagi. Isu ini sengaja digembar-gemburkan oleh mereka," katanya kepada pemberita selepas hadir membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, hari ini.

Katanya, bagaimana untuk memperkatakan mengenai perjuangan sekiranya semua kaum tidak bersatu padu.

Menurutnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta agensi berwajib perlu gambil tindakan tegas untuk halang himpunan tersebut demi keselamatan dan ketenteraman negara.

Sementara itu, Pengerusi Skuad Prihatin Kepong, Datuk Mohd Noor Ali Akbar berkata, kestabilan ekonomi bergantung kepada ketenteraman negara justeru jika berlakunya perhimpunan itu, ia akan mencemarkan ketenteraman tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Kami mohon PDRM di bawah pimpinan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador untuk pastikan himpunan tersebut tidak berlaku," katanya.

Turut hadir NGO Gerakan Reformasi Veteren Angkatan Tentera Malaysia (GRVATM) serta Cahaya Haluan Amanah Ilahi (CHAI).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!