Buat laporan palsu kerana mahu pinjam duit keluarga

Nik Ros Azhan
Nik Ros Azhan
A
A
A
BUKIT MERTAJAM - Seorang jurujual ditahan dipercayai membuat laporan palsu kononnya dia disamun tiga lelaki di Persiaran Seri Impian, Pusat Perniagaan 6 Seri Impian di sini.

Ketua Polis Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, lelaki berusia 22 tahun itu mendakwa dia disamun tiga lelaki pada jam 1.30 pagi kelmarin.

Menurutnya, dalam laporannya itu lelaki tersebut mendakwa ketika dia memandu kenderaan untuk pulang ke rumahnya dia dihalang sebuah kereta yang dinaiki tiga lelaki.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, kereta yang dipandu lelaki tersebut dihalang oleh sebuah kereta. Tiga lelaki yang membawa kayu serta pisau kemudiannya keluar daripada kereta tersebut lalu meluru ke arahnya.

"Dia juga mendakwa, seorang daripada suspek telah membuka pintu keretanya dan menariknya keluar daripada kereta. Kesemua suspek dikatakan telah mengambil semua barang berharga miliknya sebelum meninggalkan lelaki itu berseorangan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Artikel Berkaitan:


Nik Ros Azhan berkata, lelaki itu mendakwa suspek mengambil sebuah beg, sebuah telefon bimbit jenama Iphone 7 Plus, sekeping kad ATM dan wang tunai bernilai RM2,200 daripadanya dengan jumlah kerugian RM2,700.

"Setelah soal siasat dilakukan, kita mendapati lelaki tersebut telah membuat laporan palsu. Malah dia juga mengaku bahawa terpaksa membuat laporan itu kerana mahu meminta bantuan polis untuk mencari wang yang tercicir.

"Dia juga mahu menggunakan laporan polis yang dibuat untuk meminjam wang daripada keluarganya. Lelaki itu bagaimanapun dilepaskan dengan jaminan polis," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!