Dapat CGPA 3.7 ke atas dikecualikan bayaran balik pinjaman

Ahmad (depan) menyampaikan sumbangan wang IPTA kepada Aqilah Ramli yang dapat melanjutkan pengajian Asasi Sains di Wisma Ibadurrahman Kampung Paloh semalam.
Ahmad (depan) menyampaikan sumbangan wang IPTA kepada Aqilah Ramli yang dapat melanjutkan pengajian Asasi Sains di Wisma Ibadurrahman Kampung Paloh semalam.
A
A
A

TUMPAT - Peminjam pendidikan Yayasan Kelantan Darul Naim (Yakin) yang memperoleh keputusan cemerlang akan dikecualikan daripada bayaran balik pinjaman.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, status pinjaman akan ditukar kepada biasiswa apabila pelajar memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.7 ke atas pada peperiksaan akhir.

"Kerajaan negeri memberi pengecualian bayaran balik itu sebagai galakan kepada anak-anak Kelantan supaya lebih ramai cemerlang dalam pendidikan," katanya pada Majlis Penyampaian Wang Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) DUN Pasir Pekan di Wisma Ibadurrahman Kampung Paloh semalam.

Pada majlis itu, Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pekan menyampaikan sumbangan wang IPTA kepada 300 pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian diploma dan ijazah membabitkan jumlah keseluruhan RM30,000.

Hadir sama, Penolong Pengarah Pinjaman, Biasiswa dan Bantuan Yakin, Roasfanizam Din.

Sementara itu, Roasfanizam berkata, setiap tahun kerajaan negeri di bawah Yakin memperuntukkan RM30 juta pinjaman dan biasiswa untuk anak Kelantan melanjutkan pengajian tinggi.

Menurutnya, tahun ini Yakin membiayai lima pelajar miskin yang cemerlang di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK) melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, farmasi dan pergigian di luar negara.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!