Penumpang perlu berada di KLIA, KLIA2 empat jam sebelum berlepas

No Image Caption
A
A
A

SEPANG - Malaysia Airports hari ini menasihatkan orang ramai untuk sampai empat jam lebih awal daripada masa pelepasan dan mendaftar masuk secara dalam talian, kerana pengguna Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 dijangka lebih ramai dari biasa bermula Jumaat hingga Isnin ini kerana musim cuti yang panjang.

“Kami menjangkakan secara purata pergerakan 160,000 penumpang sehari di KLIA, di sepanjang tempoh ini,” kata Malaysia Airports dalam satu kenyataan sebagai persediaan operator lapangan terbang itu menghadapi tempoh puncak tersebut.

Malaysia akan menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos dan Awal Muharam pada 1 September.

Malaysia Airports berkata, 1,000 kakitangan sukarelawan yang telah digerakkan ketika berlaku gangguan sistem rangkaian di lapangan terbang itu sejak 21 Ogos, akan terus dikekalkan di sepanjang tempoh waktu perjalanan puncak tersebut.

“Kami kekal komited dalam memastikan perjalanan penumpang yang selesa,” katanya.

Malaysia Airports juga menasihatkan penumpang untuk mengambil maklum mengenai penutupan ruang udara harian di KLIA antara jam 9 padi hingga ke 10.30 pagi dari 27 hingga 31 Ogos, bagi memberikan laluan kepada latihan dan sambutan Hari Kebangsaan.

“Penumpang perlu memeriksa jadual penerbangan terkini daripada pengendali penerbangan masing-masing,” dan menambah kira-kira 85 penerbangan dijangkakan akan terganggu akibat daripada penutupan ruang udara tersebut.

Malaysia Airports berkata pasukan yang bertanggungjawab menjaga faksiliti terminal KLIA dan KLIA2 telah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi memastikan antara lain pengurusan trafik, tempat letak kereta, kebersihan bilik air dan operasi Aerotrain berfungsi dengan baik di sepanjang waktu tersebut.

Artikel Berkaitan:

“Pemandu menghala ke KLIA diingatkan untuk mengikut peraturan berhenti 2 minit bagi mengambil dan menurunkan penumpang di tepi jalan, bagi mengelakkan kesesakan trafik,” katanya. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!