Rokok seludup bernilai lebih RM6 juta dirampas

No Image Caption
A
A
A

SANDAKAN - Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 960,000 batang rokok bernilai RM6.024 juta dari Filipina ke Sandakan malam tadi.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Pajeri Ali berkata enam lelaki termasuk seorang remaja berumur 13 tahun ditahan ketika memunggah rokok jenama Astro Merah dan Astro Hijau dalam 48,000 bungkus ke dalam dua van dari sebuah bot di jeti sungai Kampung Jepun, Batu 8 dekat sini pukul 11.30 malam tadi.

"Ini merupakan rampasan terbesar melibatkan rokok seludup di Sabah tahun ini.

"Saya mengucapkan tahniah kepada PPM Sandakan atas tindakan pantas dan juga orang awam kerana menyalurkan maklumat kepada PPM sebelum rokok seludup ini diedarkan ke pasaran," katanya pada sidang akhbar mengenai kes itu di sini hari ini.

Mohamad Pajeri berkata rokok seludup itu dipercayai untuk pasaran di sekitar Sandakan.

Katanya, semua suspek berumur antara 13 hingga 56 tahun itu ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 132 (1) (d) Akta Kastam 1967.

Beliau juga berkata dua van dengan anggaran nilai berjumlah RM50,000 turut dirampas. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!