Tiga cara mudah biskut kekal rangup
PERNAHKAH anda mengalami situasi ketika ingin menikmati secawan kopi bercicahkan biskut, namun malangnya ia lembik dan lemau kerana 'masuk angin'.
Salah satu punca biskut kegemaran kita kurang enak dimakan adalah disebabkan cara penyimpanan yang tidak betul.
Justeru, bagi mengatasi masalah itu Femina kali ini berkongsi tiga tip ringkas yang boleh dipraktikkan.
1- Kertas serap minyak
Jangan buang kertas serap minyak yang terdapat di dalam paket biskut.
Gunakan kertas tersebut ketika menyusun biskut secara selang-seli di dalam balang kaca ataupun bekas kedap udara.
Fungsi kertas berkenaan adalah untuk menyerap minyak sekali gus memastikan kepingan biskut kekal dalam tempoh yang lama. Jika tidak memiliki stok kertas serap minyak itu beli sahaja di kedai bakeri berhampiran.
2. Bekas kering
Sebelum menyimpan kepingan biskut kegemaran pastikan balang atau bekas kedap udara yang digunakan kering dan tidak lembap.
Menyimpan biskut di dalam bekas yang basah akan menyebabkan ia lembik dan lemau.
3. Bekas kedap udara
Bagi memastikan biskut kekal rangup dalam tempoh yang lama sebaik-baiknya anda menggunakan bekas, balang kaca atau tin kedap udara.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!