Wujudkan rumah perlindungan kucing terbiar di Taiping
Seorang peminat kucing, Roziah Mohd Tahir, 33, (tengah) leka memegang seekor kucing sambil mengendong seorang bayi pada Program Eksplorasi Kucing di Galeri Perbandaran Taiping hari ini. Foto: Bernama
A
A
A
Pemiliknya, Faizulniza Puzi, 36 berkata, pembukaan rumah perlindungan itu bertujuan agar kucing jalanan mempunyai tempat perlindungan selain memastikan kebajikan mereka diberi perhatian.
Beliau berkata, pihaknya sedang berunding dengan Majlis Perbandaran Taiping (MPT) untuk mendapatkan tempat bagi tujuan itu.
“Kucing yang ditempatkan di rumah perlindungan ini akan dijaga dan diberikan rawatan sebelum ia diberikan secara percuma kepada mereka yang berminat menjaga kucing berkenaan.
“Ia juga menjadi salah satu konsep sukan pelancongan yang boleh mendedahkan pengunjung yang berkunjung ke bandar Taiping,” katanya kepada media pada program Eksplorasi Dunia Kucing di Galeri Perbandaran Taiping di sini hari ini.
Faizulniza berkata pihaknya memerlukan kerjasama termasuk dari syarikat pembekal untuk membantu menjayakan projek berkenaan.
“Masyarakat juga boleh membantu menyelamatkan kucing jalanan dan menjadi ibu angkat kepada kucing jalanan yang terbiar” katanya.
Sementara itu, beliau berkata pihaknya juga akan membuka sebuah cawangan ‘Geli-geli Kucing’ di Kuala Lumpur tahun depan.
“Sekarang ini saya mempunyai cawangan Geli-Geli Kucing di sini, Manjung dan Ipoh,” katanya yang membuka kedai itu sejak 2013 dengan menawar pelbagai barangan kucing dan mewujudkan hotel kucing membabitkan lebih 15 pekerja.
Mengenai program itu, sebanyak 10 baka kucing dipamerkan pada pameran mulai pukul 9 pagi hingga 1 tengah hari ini dengan memperkenalkan 10 baka kucing di negara ini.
Pameran itu juga memberikan pendedahan kepada masyarakat mengenai penjagaan terhadap kucing dan baka kucing mempunyai 50 baka di negara ini. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!