Abdul Hadi timang cucu ke-35
KUALA TERENGGANU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menimang cucu yang ke-35.
Dalam kesibukan tugas harian sebagai pemimpin parti dan wakil rakyat, beliau sempat menziarahi cucu baharunya itu di Pusat Rawatan Ibu dan Bayi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkongsi berita gembira itu dengan pengikutnya melalui hantaran Facebook rasmi beliau petang tadi.
"Alhamdulillah menyambut kelahiran cucu ke-35 di Pusat Rawatan Ibu Dan Bayi Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
"Terima kasih kepada doktor, jururawat dan semua kakitangan hospital yang bertugas. Semoga ALLAH memberkati segala usaha yang dilakukan," tulisnya.
Hantaran itu kemudian mendapat 12,000 tanda suka, 969 komen dan 301 perkongsian.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!