Mayat lelaki terapung di Sungai Klang
PUCHONG - Mayat seorang lelaki ditemukan terapung di Sungai Klang, Jalan Utama Kampung Tengah di sini petang tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata pihaknya menerima panggilan memaklumkan mengenai kejadian kira-kira jam 2.43 petang.
"Sepasukan anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat dengan sebuah jentera kemudiannya dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Satu mayat dipercayai seorang lelaki Melayu ditemui terapung di sungai tersebut," katanya.
Katanya, Bomba kemudiannya menjalankan operasi untuk menaikkan mayat itu ke daratan.
"Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!