Pentagon pertahan keputusan Trump untuk tarik keluar tentera dari Syria
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Jabatan Pertahanan AS mempertahankan keputusan Presiden Donald Trump untuk menarik 2,000 tenteranya dari Syria, sambil menyifatkan langkah itu sebagai dirancang dengan baik.
Dalam tweetnya semalam, Pentagon juga berkata penarikan pasukan tenteranya sebagai "fasa seterusnya" dalam menyokong gabungan anti-Daesh.
Namun ia tidak menjelaskan dengan lanjut maksud tweet berkenaan.
Trump sebelum ini mengumumkan keputusannya untuk menarik tentera AS dari Syria dengan alasan bahawa kumpulan Daesh telah dilumpuhkan.
Pengumuman mengejut Trump itu mengejutkan pegawai dan sekutu AS. - Press TV
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!