Bekas ahli UMNO boleh masuk Bersatu: Dr Mahathir

Perdana Menteri yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini. Foto: Bernama
Perdana Menteri yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini. Foto: Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Ahli UMNO yang keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas kini boleh menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kata Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Namun Perdana Menteri berkata hanya bekas ahli UMNO yang tidak mempunyai masalah, umpamanya kes di mahkamah sahaja yang boleh diterima.

“Yang lain, yang tidak terlibat, mereka akan diterima,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pimpinan tertinggi Bersatu di sini hari ini.

Semasa ditanya mengenai jumlah bekas ahli UMNO yang telah menyertai Bersatu, Dr Mahathir berkata tiada anggaran yang dapat diberikan setakat ini.

“Di Sabah hampir semua (anggota Bersatu) adalah bekas UMNO. Di Semenanjung, beberapa ahli terutama Ahli Dewan Rakyat dan dewan undangan negeri telah menyertai Bersatu,” katanya.

Ditanya jika ada bekas ahli UMNO yang menyertai Bersatu akan bertanding dalam pemilihan parti, Dr Mahathir berkata pada waktu ini belum ada.

Sementara itu, Dr Mahathir berharap pihak berkuasa mengambil kira banyak kesalahan yang dilakukan UMNO pada masa ini.

Menurutnya, ketika beliau menjadi Presiden UMNO dahulu, tiga cawangan tidak mengadakan mesyuarat parti telah diharamkan.

Artikel Berkaitan:

Bersatu turut diharamkan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 tahun lepas tetapi UMNO yang banyak kesalahan masih diterima dan tidak dibatal pendaftarannya, katanya.

“Saya bukan mendesak sesiapa tapi hanya menyuarakan pendapat yang dibangkitkan dalam mesyuarat,” katanya. -Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!