Kukuh perpaduan, buang prejudis antara kaum

(Gambar kecil, Nik Marhalim Mohd Bakri)
(Gambar kecil, Nik Marhalim Mohd Bakri)
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Selangor menyeru rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan kaum untuk memperkukuh perpaduan yang semakin retak.

Pengerusinya, Nik Marhalim Mohd Bakri berkata, pihaknya menyambut baik keputusan Gagasan Sejahtera untuk turut serta dalam perpaduan Ummah bersama UMNO.

Beliau juga yakin MIC dan MCA turut sedia berganding bahu menyambut salam perpaduan itu.

Menurutnya, Ikatan Selangor mencadangkan satu platform rundingan dan persefahaman baru dibentuk bagi menangani masalah keretakan kaum yang semakin menebal.

"Kementerian yang menjaga portfolio perpaduan gagal dalam menyatupadukan rakyat Malaysia. Saban hari kenyataan provokasi dikeluarkan yang semakin memburukkan keadaan.

"Penyatuan bangsa perlu diperkasakan demi membina semula keharmonian negara sejajar dengan amanat bapa kemerdekaan negara kita, Tunku Abdul Rahman," katanya dalam satu kenyataan media.

Katanya, beliau turut menyeru rakyat membuang sikap prejudis dan bersama-sama menyambut salam perpaduan dan terus mara ke hadapan untuk membangunkan negara tercinta.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!