Polis patahkan protes di Sudan
KHARTOUM - SUDAN. Polis Sudan menyuraikan beberapa protes yang diadakan selepas solat Jumaat, ketika pasukan keselamatan menahan pemimpin tertinggi pembangkang selepas semakin banyak desakan demonstrasi diadakan sebagai bantahan terhadap kenaikan harga roti.
Orang ramai yang marah turun ke jalanan di Khartoum dan beberapa bandar lain sejak 19 September selepas keputusan kerajaan menaikkan harga roti.
Seramai 19 orang terbunuh setakat ini dalam protes itu, kata kerajaan. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!