300 jayakan #QuranHour di Kuala Selangor

Raja Shahfaizal (depan dari kiri) bergambar bersama tetamu yang hadir pada program Malaysia #QuranHour di One Plaza, di sini hari ini.
Raja Shahfaizal (depan dari kiri) bergambar bersama tetamu yang hadir pada program Malaysia #QuranHour di One Plaza, di sini hari ini.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Kira-kira 300 peserta tidak melepaskan peluang menyertai program Malaysia #QuranHour di One Plaza, di sini hari ini.

Program anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dengan kerjasama Book2u itu bertemakan Pesan kemerdekaan dari surah al-Kahf.

Program berlangsung selama dua jam itu dimulakan dengan alunan bacaan dan terjemahan surah al-Kahf ayat 1 hingga 10 diikuti penerangan atau tadabbur yang disampaikan Ahmad Saifuddin Yusuf dari Akademi Sinergi Ikhlas Sdn Bhd.

Timbalan Pengarah PPAS, Suziliana Abdul Hamid berkata, program berbentuk kerohanian itu merupakan satu daripada pengisian dalam kemerdekaan ke-62 negara agar rakyat menghargai nikmat keamanan.

"Fokus hari ini menjurus surah al-Kahf yang mengupas dengan mendalam tentang penghayatan kemerdekaanperlu dihayati pelbagai bangsa yang berbudi dan penyayang mengikut panduan al-Quran," katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Karangkraf Book2u Stores Sdn Bhd, Raja Shahfaizal Raja Khairudin berkata, pihaknya berbesar hati dan menyokong program #QuranHour yang dianjurkan di seluruh negara hari ini.

Malah, sempena program itu, pihaknya menawarkan diskaun sehingga 30 peratus semua al-Quran terbitan Karya Bestari bermula semalam hingga Ahad ini.

"Orang ramai boleh mendapatkan naskah al-Quran serendah RM14 di semua rangkaian Book2u," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, seorang peserta yang juga Penghulu Mukim Bestari Jaya/Hulu Tinggi Kuala Selangor Hanis Zahari berkata, program itu berjaya mengangkat budaya tadarus al-Quran dengan kesungguhan menjadikan ia sebagai acara tahunan.

"Saya lihat peserta yang hadir gembira dengan peluang seperti ini untuk kita sama-sama mengimarahkan budaya membaca al-Quran di semua peringkat usia," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!