Thailand hantar pulang 78 pekerja asing Myanmar

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

YANGON - Seramai 78 pekerja asing Myanmar di Thailand dihantar pulang ke negara asal, lapor agensi berita Xinhua memetik pihak berkuasa imigresen Myanmar hari ini.

Pekerja haram terdiri migran itu termasuk enam wanita diserahkan Jabatan Imigresen Thailand di pintu sempadan Kawthoung di selatan wilayah Tanintharyi pada petang kelmarin.

Mereka diusir kerana visa tamat tempoh dan tidak mempunyai dokumen sah.

Pada Julai lalu seramai 180 pekerja migran Myanmar dihantar pulang.

Menurut statistik jabatan itu, untuk tempoh Januari hingga Mac tahun ini seramai 488 migran haram dihantar pulang ke Myanmar termasuk wanita dan kanak-kanak.

Kebanyakan mereka dari wilayah Tanintharyi, Yangon, Bago dan Ayeyarwady dan negeri Mon serta Rakhine. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!