Penemuan mayat terapung tiada unsur jenayah

Semalam, Sinar Harian melaporkan penduduk Kampung Tengah terkejut menemui mayat seorang lelaki terapung di Sungai Klang berhampiran jalan utama ke kampung berkenaan.
Semalam, Sinar Harian melaporkan penduduk Kampung Tengah terkejut menemui mayat seorang lelaki terapung di Sungai Klang berhampiran jalan utama ke kampung berkenaan.
A
A
A

PUCHONG - Polis mengesahkan tiada unsur jenayah berhubung penemuan mayat seorang lelaki yang ditemui terapung di Sungai Klang berdekatan Kampung Tengah Batu 13, semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Risikin Satiman berkata, mayat terbabit ditemui kira-kira jam 1.25 tengah hari dalam keadaan tertiarap pada jam 1.25 tengah hari.

Menurutnya, pasukan polis forensik telah ke lokasi selepas kaunter aduan Balai Polis Putra Heights menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan penemuan tersebut.

“Mangsa dipercayai berusia lingkungan 40-an, berdasarkan pemeriksaan fizikal dijalankan oleh doktor yang ke lokasi mendapati tiada unsur jenayah dikaitkan dengan kematiannya.

“Namun mayat dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Mayat lelaki terapung di Sungai Klang

Semalam, Sinar Harian melaporkan penduduk Kampung Tengah di sini gempar apabila menemui mayat seorang lelaki terapung di Sungai Klang berhampiran jalan utama ke kampung berkenaan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor memaklumkan menerima panggilan memaklumkan kejadian kira-kira jam 2.43 petang sebelum sepasukan anggota bomba membantu menaikkan mayat ke daratan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!