Rangka milik lelaki berusia lebih 20 tahun

Anggota polis menjalankan siasatan penemuan tengkorak manusia dalam kebun getah. Gambar kecil: Ahmad Adnan
Anggota polis menjalankan siasatan penemuan tengkorak manusia dalam kebun getah. Gambar kecil: Ahmad Adnan
A
A
A

BATU GAJAH - Rangka manusia yang ditemui di kebun getah di Kampung Changkat Belingkor semalam, dipercayai seorang lelaki berusia lebih 20 tahun.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, identiti sebenar mangsa bagaimanapun belum dapat dikenalpasti.

Menurutnya, polis telah menjalankan semakan rekod orang hilang, namun belum ada lagi mana-mana waris tampil bagi membantu siasatan.

"Hasil bedah siasat mendapati, mayat berkenaan telah diletakkan di kawasan itu sejak tiga minggu lalu.

"Punca kematian belum dapat dikenalpasti kerana masih ada lagi cebisan tulang yang perlu dikesan semula di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sinar Harian semalam melaporkan penemuan tengkorak dan tulang manusia bersepah bersama kain pelikat oleh seorang warga emas yang sedang membersihkan kebun getah.

Polis turut menemui baju, kain dan tali pinggang disyaki milik mangsa.

ARTIKEL BERKAITAN: Terkejut jumpa tengkorak, tulang manusia dalam kebun getah

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!