Bengkel, 15 kereta hangus
BATU PAHAT - Sebuah bengkel mengecat dan membaiki kenderaan di Jalan Tongkang Pechah, Kampung Parit Bilal di sini terbakar menyebabkan 15 buah kereta yang berada di premis itu turut musnah, semalam.
Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggaram, Saifulle Idris berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada jam 8.25 malam.
"Seramai 11 anggota dan dua jentera bergegas ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran.
“Kebakaran ini membabitkan sebuah bengkel kereta jenis separuh kekal berkeluasan 100 x 80 kaki yang musnah hampir 80 peratus, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, operasi tamat jam 11.08 malam dan pihaknya masih menyiasat punca kebakaran dan anggaran kerugian. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!