Perwakilan bahas agenda bantu Melayu B40: Syed Saddiq

 Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama Ketua Srikandi Bersatu), Datuk Seri Rina Mohd Harun pada sesi sidang media selepas Masyuarat Agung Tahunan Armada dan Srikandi pada Perhimpunan Agung Bersatu, hari ini. - Foto Bernama
Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama Ketua Srikandi Bersatu), Datuk Seri Rina Mohd Harun pada sesi sidang media selepas Masyuarat Agung Tahunan Armada dan Srikandi pada Perhimpunan Agung Bersatu, hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyatakan antara intipati perbahasan perwakilan adalah agenda membantu orang Melayu yang benar- benar memerlukan pertolongan.

Katanya, golongan B40 perlu mendapat keadilan supaya mereka tidak tertinggal dalam arus kemodenan.

"Sebagai contoh, tiada fokus khusus kepada B40 dalam soal perumahan dan diskaun masih diberikan kepada orang Melayu yang bergaji atau memiliki aset mencecah RM1 juta.

"Sepatutnya ia diberikan kepada orang Melayu dalam kategori B40 dan jumlah mereka agak ramai," katanya pada sidang media, hari ini.

Menurutnya, perwakilan juga mencadangkan agar orang muda diberikan peranan dalam bidang pentadbiran baik di peringkat kampung, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Mereka ini perlu diberikan kepada mereka untuk terlibat dalam pembentukan pembangunan negara," katanya.

Dalam pada itu beliau menyatakan sokongan agar pengambilan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) ditumpukan kepada B40 oleh Srikandi Bersatu.

"Kita akan berusaha untuk menjayakan agenda ini dalam membantu mereka," katanya.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata, penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan anak muda perlu dipertingkatkan juga merupakan antara topik yang dibahaskan perwakilan.

"Ini kerana ramai anak muda menganggur disebabkan mereka gagal menguasai bahasa ini dengan baik.

"Dalam bab ini ada cadangan atau usul untuk mengembalikan PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeri tetapi bekerjasama rasmi dengan Dewan Bahasa dan Pusataka (DBP)," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!