Lelaki maut tercampak dari pacuan empat roda

Keadaan pacuan empat roda dipandu mangsa yang terlibat kemalangan dengan sebuah bas di Kilometer 60.8 Jalan Kota Bharu-Gua Musang hari ini.
Keadaan pacuan empat roda dipandu mangsa yang terlibat kemalangan dengan sebuah bas di Kilometer 60.8 Jalan Kota Bharu-Gua Musang hari ini.
A
A
A

KUALA KRAI - Seorang lelaki maut tercampak dari pacuan empat roda dipandunya bertembung dengan sebuah bas di Kilometer 60.8 Jalan Kota Bharu-Gua Musang, pagi ini.

Kejadian kira-kira jam 6.45 pagi itu menyebabkan mangsa, Kong Hwa, 56, dari Bukit Jelutong, Selangor yang mengalami kecederaan pada kepala dan beberapa bahagian anggota badan menemui ajal di tempat kejadian.

Sementara pemandu bas berusia 56 tahun cedera pada bahagian mata, manakala lima penumpang termasuk seorang warga Thailand cedera ringan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Wan Fauzi Wan Ishak berkata, ketika kejadian, bas berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Krai ke Kota Bharu.

"Hasil siasatan awal mendapati sebaik tiba di tempat kejadian pacuan empat roda dipandu mangsa dari arah Kota Bharu ke Gua Musang memasuki laluan setentang.

"Berikutan kejadian, pemandu bas berkenaan mengelak ke kiri jalan tetapi gagal memandangkan jarak yang terlalu dekat," katanya.

Katanya, kejadian itu menyebabkan kedua-dua kenderaan bertembung sehingga mangsa tercampak keluar dari kenderaannya meninggal di lokasi kejadian.

"Sementara lima yang lain termasuk pemandu bas yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!