Identiti empat perompak dikenal pasti

Md Asri (tiga dari kiri) melepaskan peserta konvoi kenderaan pacuan empat roda anjuran Kelab Alam Jaya di pekarangan IPD Kuala Selangor hari ini.
Md Asri (tiga dari kiri) melepaskan peserta konvoi kenderaan pacuan empat roda anjuran Kelab Alam Jaya di pekarangan IPD Kuala Selangor hari ini.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Polis mengenal pasti identiti empat lelaki menutup muka menggunakan baju dan bersenjatakan parang panjang yang merompak sebuah syarikat pengurup wang dalam sebuah pasar raya di Alam Jaya, Jeram kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Md Asri A Wahab berkata, polis sudah mempunyai maklumat peribadi individu dikehendaki.

Menurutnya, semua lelaki terbabit merupakan warga tempatan berusia lingkungan 25 hingga 30 tahun.

"Kita sedang giat mengesan keempat-empat suspek terbabit dan mengumpul maklumat dalam usaha menjejak kesemua suspek terbabit," katanya ketika ditemui selepas Konvoi Ambang Merdeka Daerah Kuala Selangor di Pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor.

Mengulas lanjut katanya, kesemua mereka turut disyaki terbabit dalam kes kebakaran sebuah kereta yang ditemui dalam kebun kelapa sawit di Tok Muda, Kapar.

Semalam, Sinar Harian melaporkan sebuah syarikat pengurup wang kerugian kira-kira RM120,000 selepas dirompak empat lelaki dalam kejadian di sebuah pasar raya, Alam Jaya.

Kejadian jam 11.22 pagi berlaku ketika seorang pengurup wang berusia 20-an baharu memulakan operasi perniagaannya.

Terdahulu, Md Asri melepaskan peserta konvoi kenderaan pacuan empat roda anjuran Kelab Alam Jaya.

Artikel Berkaitan:

Sebanyak 40 kenderaan menyertai konvoi sejauh 50 kilometer bermula dari IPD Kuala Selangor melalui Ban Kanal, Bestari Jaya dan Ijok.

Konvoi itu dijangka mengambil masa selama sejam sebelum kembali semula ke IPD Kuala Selangor.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!