Anak Luis Enrique meninggal akibat kanser tulang

Luis Enrique bersama anak perempuannya.
Luis Enrique bersama anak perempuannya.
A
A
A

SPAIN - Dunia bola sepak antarabangsa bersedih susulan kematian anak perempuan bekas Pengurus Sepanyol, Luis Enrique selepas lima bulan menderita akibat penyakit kanser tulang.

"Anak kami Cana meninggal dunia petang ini pada usia sembilan tahun selepas berjuang selama lima bulan melawan kanser tulang (osteosarcoma).

"Kami sangat merindui kamu tetapi kami akan mengingati kamu setiap hari dalam kehidupan kami dan berharap kita akan bertemu lagi," tulis Enrique di Twitternya.

Luis Enrique bersama anak perempuannya.
Luis Enrique bersama anak perempuannya.

Bagi berkongsi kesedihan, Twitter Enrique sejak awal pagi tadi terus dibanjiri dengan ucapan takziah daripada pasukan bola sepak ternama, pemian bola sepak, media dan ahli sukan.

Pengendali berusia 49 tahun itu meninggalkan Sepanyol untuk menjaga anak perempuannya itu selepas disahkan menghidap kanser.



Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!