Boikot produk tindakan cetek: Tun M
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap gerakan memboikot barangan bukan Bumiputera atau sebaliknya adalah tindakan cetek yang hanya menimbulkan kemarahan.
Katanya, tindakan memboikot produk tidak memberikan sebarang kesan cuma membangkitkan api kemarahan.
"Mungkin ada orang yang cetek fikiran buat benda seperti itu (boikot produk) tapi tidak berkesan. Buat apa? Boikot ini satu senjata yang tak berkesan cuma timbulkan kemarahan.
"Jangan boikot barang siapa pun, Bumiputera atau bukan Bumiputera," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan al-Bukhary di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) baru-baru ini yang melancarkan kempen mengutamakan pembelian produk Islam yang tular dalam media sosial.
ARTIKEL BERKAITAN:
Kempen beli produk Muslim bukan berniat boikot produk lain
Tak wajar boikot produk bukan Muslim: Menteri
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!