[VIDEO] Agong, PM dan menteri dendang lagu Setia

Video rakaman lagu Setia dimuat naik Dr Mahathir Facebooknya.
Video rakaman lagu Setia dimuat naik Dr Mahathir Facebooknya.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Buat pertama kalinya dalam sejarah, Ketua Utama Negara, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama barisan ahli Kabinet merakamkan video khas sempena Hari Kebangsaan ke-62 dengan mendendangkan lagu patriotik bertajuk 'Setia'.

Video berdurasi 3 minit 32 saat itu dimuat naik dalam laman sosial Facebook rasmi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad malam ini.

Dalam video berkenaan Sultan Abdullah yang diapit Dr Mahathir dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta ahli Kabinet menyampaikan lagu patriotik itu yang mempunyai bait lirik cukup bermakna dengan penuh semangat.

Antara rangkap lagu berkenaan berbunyi: “Demi negara yang tercinta, dicurahkan bakti penuh setia. Demi raja yang disanjung tinggi, kesetiaan tak berbelah bagi.”

Video itu diakhiri dengan Yang di-Pertuan Agong dan anggota Kabinet mengucapkan 'Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia'.

Video itu menyentuh hati dan membangkitkan semangat harmoni apabila netizen berbilang bangsa menghantar komen menyuarakan rasa bangga menjadi anak Malaysia, malah tidak kurang menyifatkan lagu patriotik berkenaan membawa banyak kenangan dan kebersamaan dalam kalangan rakyat negara ini.

Alicia Siow menulis: Proud to be anak Malaysia, wish our country be makmur and all Malaysian Bersatu. Happy Merdeka 62!! (Bangga menjadi anak Malaysia, harap negara kita akan makmur dan semua rakyat Malaysia Bersatu. Selamat Menyambut Kemerdekaan ke-62!!)

Feeq Fiq pula menyifatkan lagu berkenaan sebagai lagu terbaik: 'Once upon a time, the best song for DEMI NEGARA MALAYSIA TANAH AIRKU. (Sejak sekian lama, lagu terbaik untuk DEMI NEGARA MALAYSIA TANAH AIRKU)

Artikel Berkaitan:

Huda Jalil pula berkata: Terbaik. Pertama kali melihat gabungan menteri-menteri dari kerajaan PH serta kesudian YDP Agong. Doa kami sebagai rakyat agar Malaysia terus kekal aman, maju dan hidup harmoni...aamiin. - Bernama

Rakaman Penuh SETIA

Rakaman Penuh SETIA Yang Di-Pertuan Agong bersama Jemaah Menteri "Kami berikrar penuh setia, Untuk Agama, Bangsa dan Negara"

Posted by Dr. Mahathir bin Mohamad on Friday, August 30, 2019

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!