Larian Malam Merdeka pupuk semangat kemerdekaan

Sebahagian peserta mengibarkan jalur gemilang pada Larian Malam Merdeka malam tadi.
Sebahagian peserta mengibarkan jalur gemilang pada Larian Malam Merdeka malam tadi.
A
A
A

KUANTAN - [VIDEO] Seramai 600 peserta menyertai Larian Malam Merdeka bagi menyemarakkan semangat patriotisme dan memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan ke-62 di sini malam tadi.

Program yang julung kali diadakan dan inisiatif Persatuan Ukhwah Silaturahim Negeri Pahang (Ukhwah) dan Adam Bike Centre (ABC) itu juga bagi menanam semangat perpaduan menerusi platform sukan.

Pelepasan peserta dilakukan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan beliau juga turut bersama-sama menyanyikan lagu 'Tanggal 31 Ogos' sebelum melepaskan para peserta.

Wan Rosdy berkata, larian berkenaan amat bermakna kerana bukan sahaja menanam semangat kemerdekaan dalam diri masyarakat malah turut memupuk budaya hidup sihat.

Wan Rosdy bersama peserta yang menyertai Larian Malam Merdeka malam tadi
Wan Rosdy bersama peserta yang menyertai Larian Malam Merdeka malam tadi

"Saya teruja kerana begitu ramai sekali yang datang, pakai baju kebangsaan, melaungkan merdeka, serta menyanyikan lagu merdeka dan bagi saya ini adalah satu kelainan dalam menyambut malam kemerdekaan.

"Saya harap semangat ini akan terus tersemat di hati masyarakat khususnya anak anak muda supaya mereka dapat memahami erti kemerdekaan yang sebenar negara kita," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian ketika ditemui pada Larian Malam Merdeka yang turut dihadiri Presiden Ukhwah, Zulkefly Senek.di hadapan sebuah hotel di sini malam tadi.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, bagi seorang peserta, Junaidah Embung, 47, berkata ini dirinya amat teruja kerana ini kali pertama dirinya menyertai malam merdeka yang sememangnya memberi kelainan sambutan ambang kemerdekaan.

Go Ay Sien dan Junaidah Embung
Go Ay Sien dan Junaidah Embung

"Memang gembira kerana selalu malam kemerdekaan duduk rumah sahaja tapi malam ini (semalam) rasa bersemangat sangat dan diharap pihak penganjur akan menjadikannya sebagai larian tahunan.

Menurut seorang lagi peserta, Go Ay Sien, 67, dia sebelum ini sudah banyak kali membaca iklan larian tersebut tetapi tidak pernah merancang untuk menyertainya memandangkan dirinya bukanlah seorang yang gemar bersukan.

"Namun disebabkan kawan-kawan saya mengajak untuk datang pada hari ini, saya ikut dan aktiviti ini mengubah stigma saya. Saya seronok kerana masyarakat berbilang kaum ramai menyertai larian ini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!