Babak kedua aksi sebenar Harimau Malaya: Cheng Hoe

Tan Cheng Hoe - Foto Bernama
Tan Cheng Hoe - Foto Bernama
A
A
A

KETUA jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe memuji persembahan Harimau Malaya terutama aksi separuh masa kedua meskipun tewas 0-1 kepada Jordan pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, malam tadi.

Cheng Hoe yang kini dalam proses menyiapkan barisan terkuat bagi berdepan Indonesia dalam aksi pembukaan Kumpulan G saingan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, 5 Sept ini berkata pemainnya lebih berani dan bersemangat pada babak kedua berbanding 45 minit pertama permainan.

“Apa yang positif daripada perlawanan ini adalah persembahan pemain di separuh masa kedua. Mereka mampu tingkatkan tempo permainan, mengawal bola dengan baik, berjuang mendapatkan semula kawalan bola, inilah peralihan yang anda lihat.

“Kalau kita mahu jadi lebih baik kita harus bermain dengan tempo yang sama bukan untuk 45 pertama sahaja tetapim sepanjang perlawanan, katanya pada sidang media selepas perlawanan tersebut.

Foto Bernama
Foto Bernama

Pada aksi disaksikan lebih 14,000 penonton, gol kemenangan Jordan dijaringkan oleh kapten Jordan, berusia 29 tahun, Saeed Murjan seawal minit keenam untuk memberi motivasi positif menjelang aksi pembukaan Kumpulan B saingan pusingan kedua kelayakan menentang Taiwan.

Mengulas lanjut, pengendali berusia 51 tahun itu percaya sekiranya pasukannya gagal memperbaiki kelemahan tersebut, Malaysia akan berdepan kesukaran dalam misi meraih tiga mata ketika berkunjung ke Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Khamis depan.

“Kita kena bersedia seawal minit pertama dan tidak boleh hilang fokus terlalu awal. Jangan biarkan pihak lawan jaringkan gol awal baru kita mahu bertindak, ia sudah terlambat.

Artikel Berkaitan:

“Bila kita ketinggalan satu atau dua gol, kita perlukan banyak tenaga dan motivasi untuk memenangi perlawanan itu,” tambah beliau.- Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!