Pemilihan parti mampu selesaikan isu dalaman Bersatu

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (tengah) hadir pada Perhimpunan Agung Tahunan Armada yang pertama sempena Perhimpunan Agung Bersatu hari ini. - Foto Bernama
Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (tengah) hadir pada Perhimpunan Agung Tahunan Armada yang pertama sempena Perhimpunan Agung Bersatu hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjelaskan isu pelantikan dan pemecatan Ketua Armada Bahagian dijangka mampu diselesaikan selepas pemilihan parti dijalankan tahun depan.

Katanya, dalam pemilihan berkenaan, parti itu akan memutuskan secara jelas mana-mana pemimpin yang mendapat sokongan akar umbi.

"Bersatu juga mewujudkan piawaian khusus bagi mengatasi perkara ini dengan menggariskan peraturan jelas mengenai kaedah pelantik dan pemecatan pemimpin sebelum pemilihan parti diadakan.

"Saya juga yakin isu ini akan cepat diselesaikan jika ada piawaian ketat bagaimana seseorang itu dilantik atau dibuang serta perlu melalui proses yang adil, sebelum menunggu pemilihan berlangsung," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Tahunan Armada, hari ini.

Pada sebelah pagi, Syed Saddiq dalam ucapannya mendedahkan wujud Ketua Bahagian Bersatu cuba menyingkirkan pemimpin Armada peringkat bahagian secara sesuka hati.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!