Minyak penyebab jerawat?
A
A
A
Justeru, apakah punca timbulnya masalah jerawat?
Doktor dan pakar akupuntur, Sungadi Santoso berkongsi, tiga faktor utama menyebabkan masalah jerawat. Antaranya ialah:
1- Lemak dalam kelenjar
Pada kulit manusia terdapat kelenjar sebum atau kelenjar minyak. Lazimnya kita menyifatkan kelenjar itu adalah peluh yang terhasil akibat terdedah bawah cahaya matahari.
Bagaimanapun, tanpa disedari menerusi kelenjar peluh tersebut tubuh akan mengeluarkan cairan yang terdapat kandungan lemak lalu menimbulkan jerawat.
2- Keratin folikel
Kulit kita terdiri daripada beberapa lapisan yang mana lapisan paling atas dikenali keratin.
Ketika lapisan paling bawah tumbuh ke atas maka lapisan kulit paling atas pula akan melepaskan sel kulit mati.
Bagaimanapun, kadangkala pelepasan itu tidak sempurna dan tersumbat. Kesannya, kelenjar minyak tersangkut pada pori-pori lalu membentuk jerawat.
3- Bakteria
Selain itu, bakteria salah satu punca berlakunya masalah jerawat.
Kolonisasi daripada bakteria propionibacterium acnes yang terdapat pada liang roma kulit berminyak akan menyerang sistem imunisasi.
Ia akan menyebabkan kulit kemerahan dan bengkak yang membentuk jerawat sehingga bernanah.
Sumber: Instagram @sb30health
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!