Pemangku Raja Pahang lawat mangsa kebakaran
KUANTAN - Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah hari ini mencemar duli menziarah mangsa kebakaran di pekan Sungai Lembing hari ini.
Baginda tiba di lokasi kira-kira jam 12.15 tengah hari melawat keseluruhan lokasi kejadian.
Selain itu, baginda turut bertemu dengan mangsa yang terlibat sebagai tanda prihatin dengan nasib rakyat.
Dalam kejadian awal pagi tadi, sebanyak 31 buah premis musnah dalam kebakaran
Kemusnahan itu melibatkan 20 premis perniagaan,11 rumah dan sebuah perpustakaan awam.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Nor Hisham Mohammad berkata, setakat ini dua mangsa yang masih belum diketahui identiti dipercayai terperangkap dalam kebakaran itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Dua mangsa terperangkap dalam kebakaran 31 premis
Seorang mangsa kebakaran ditemukan rentung
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!