Maut di puncak gunung
GUA MUSANG - Seorang pendaki maut di puncak Gunung Yong Belar, Lojing, di sini semalam.
Mayat mangsa, Rosli Kamarudin, 52, dari Perak, akan dibawa turun menggunakan helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) hari ini.
Ketua Balai Gua Musang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Arifuddin Akif Mohd Noor berkata, usaha untuk membawa turun mangsa dilakukan sejak semalam, namun terpaksa ditangguhkan dan operasi membawa turun menggunakan helikopter dijalankan pada jam 11 pagi tadi.
"Mayat mangsa akan dihantar ke Hospital Gua Musang untuk tindakan lanjut," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Gua Musang, Superintendan Mohd Taufik Maidin mengesahkan penemuan.
AKAN MENYUSUL
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!