Tak sangka lahir bayi merdeka

Keluarga Choon Siang turut melawat Sin Yan yang lahir pada tarikh keramat, 31 Ogos hari ini.
Keluarga Choon Siang turut melawat Sin Yan yang lahir pada tarikh keramat, 31 Ogos hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - [DIKEMASKINI] Pasangan suami isteri dari Pontian tidak menyangka anak keempat mereka selamat dilahirkan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2019 pada jam 2.11 pagi tadi.

Foo Choon Siang, 36, berkata, isterinya selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.54 kilogram pada jam 2.11 pagi tadi di Hospital Pakar KPJ Puteri.

Menurutnya, isterinya, Lee Wei Shan, 35, sepatutnya dijangka bersalin 5 September ini.

"Memang tak sangka dia lahir hari ini sebab kalau ikutkan tarikh diberi doktor 5 September tapi kami rancang untuk jalani pembedahan pada 4 September supaya berkongsi tarikh dengan hari lahir saya.

"Jadi sebelum pembedahan, kami dari Pontian ke rumah saudara di Pasir Gudang tapi malam tadi ketika nak masuk tidur, isteri mengadu sakit perut sedikit dan saya terus hantar ke hospital untuk periksa.

"Masuk wad dalam jam 12 lebih malam tadi dan tak sampai dua jam, bayi kami lahir," katanya ketika ditemui di hospital tersebut hari ini.

Bayi comel dilahirkan secara normal itu dinamakan Sin Yan bermaksud kecantikan serta kebijaksanaan.

Pasangan berkenaan juga turut mempunyai tiga anak diberi nama Sin Yee, 10; Chen Ee, 8, dan Sin Yun, 6.

Artikel Berkaitan:

Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Puteri, Haliza Khalid sempat melawat Wei Shan dan bayinya, Sin Yan.Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Puteri, Haliza Khalid sempat melawat Wei Shan dan bayinya, Sin Yan.
Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Puteri, Haliza Khalid sempat melawat Wei Shan dan bayinya, Sin Yan.Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Puteri, Haliza Khalid sempat melawat Wei Shan dan bayinya, Sin Yan.

Sementara itu, Wei Shan berkata, mereka sekeluarga terlalu gembira menyambut kehadiran ahli baharu sempena ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-62.

"Pertama kali dalam keluarga kami lahirkan bayi merdeka. Memang sangat teruja dan gembira sebab kongsi tarikh dengan hari merdeka.

"Sebagai ibu, memang saya gembira tapi apa yang penting saya mahu anak sihat dan membesar jadi anak yang baik," katanya.

Sementara itu, seramai 56 bayi merdeka dilahirkan di hospital kerajaan di Selangor termasuk dua pasangan kembar.

Bayi bertuah yang menikmati kemerdekaan ke-62 negara itu dilahirkan di antara jam 12 tengah malam hingga jam 8 pagi semalam.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Datuk Dr Khalid Ibrahim berkata, daripada jumlah itu, 35 adalah perempuan dan tiga dilahirkan melalui pembedahan.

“Istimewanya daripada jumlah tersebut, dua pasangan kembar lelaki turut dilahirkan masing-masing di Hospital Kajang dan Hospital Selayang,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!