Penuhi tiga syarat jika ingin sertai Bersatu...

Syed Saddiq ketika sidang media di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, hari ini.
Syed Saddiq ketika sidang media di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, hari ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Bekas pimpinan Umno yang keluar parti diberi ruang untuk mengemukakan borang keahlian Bersatu namun, harus melalui saringan yang ketat.

Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, bekas pimpinan Umno yang berhasrat lompat ke dalam parti Bersatu harus melepasi saringan ketat dengan tiga langkah wajib.

Beliau menggariskan tiga langkah utama iaitu yang ditekankan iaitu pengisytiharan aset, permohonan maaf dan juga permohonan bukan untuk jawatan parti, diberi peluang untuk kemukakan permohonan menyertai Bersatu.

"Dalam sesi penggulungan perbahasan Armada Bersatu tadi kami mencadangkan agar satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyaring bekas pimpinan Umno yang berhasrat untuk melompat masuk ke dalam parti itu.

"Jawatankuasa khas itu merupakan forum terbaik bagi memastikan saringan yang ketat dapat dibuat dengan pengistiharan aset, permohonan maaf dan tindakan sertai Bersatu bukan untuk jawatan, boleh dikemukakan," katanya ketika sidang media di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, hari ini.

Syed Saddiq yang juga Menteri Belia dan Sukan itu turut menyatakan jawatankuasa ini akan diusulkan kepada Majlis Presiden dan Majlis Pimpinan Tertinggi akan dipengerusikan oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan wajib ada perwakilan daripada sayap-sayap parti khususnya Armada.

Selain itu, Ahli Parlimen Muar ini juga memaklumkan, Bersatu tidak akan sesekali dilabel sebagai parti Melayu yang mirip Umno.

"Kita juga mahukan ahli-ahli baharu yang berupaya bekerjasama dengan masyarkat majmuk lain.

Artikel Berkaitan:

"Bersatu sebuah parti yang mesra dan bekerjasama rapat dengan masyarakat daripada bangsa dan agama lain," katanya.

Dalam perkembangan lain, Syed Saddiq berkata, Armada turut membincangkan model undian parti yang baharu.

"Pimpinan Armada ingin mengusulkan satu ahli satu undi. Mekanismenya perlu diperkemaskan lagi.

"Mungkin hanya untuk pemilihan pimpinan tertinggi. Itu masih perlu dibincangkan lagi, tetapi prinsip satu ahli satu undi tu penting kerana pertama, kita nak mengangkat suara akar umbi di mana setiap seorang ahli ada suara dan peranan untuk dimainkan dalam menggerakkan parti.

"Dan paling penting sekali untuk kita hindar politik wang, dan "warlord" yang sedia ada. Di mana, lebih mudah untuk kita membeli 200 perwakilan jika nak dibandingkan dengan 300,000 ahli parti yang sedai ada. Itu prinsip utama yang kita ketengahkan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!