Lebih 70 cedera di sempadan Gaza

Seorang lelaki dibantu rakan-rakannya selepas terkena tembakan dilepaskan tentera Israel semasa menyertai bantahan di sempadan Gaza kelmarin.
Seorang lelaki dibantu rakan-rakannya selepas terkena tembakan dilepaskan tentera Israel semasa menyertai bantahan di sempadan Gaza kelmarin.
A
A
A

RAMALLAH - Sekurang-kurangnya 75 penduduk Palestin cedera ditembak tentera Israel semasa menyertai tunjuk perasaan di sempadan Gaza semalam.

Daripada jumlah tersebut, seramai 42 mangsa cedera terkena peluru hidup termasuk 18 kanak-kanak dan dua wanita.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf al-Qedra berkata, seorang wartawan dan seorang anggota paramedik antara mangsa yang parah dalam kejadian itu.

"Selain cedera akibat ditembak, kebanyakan mangsa juga mengalami sesak nafas akibat terhidu gas pemedih mata," katanya.

Bantahan dikenali sebagai ‘Great March of Return’ itu telah memasuki minggu ke-72 sejak tercetus pada 30 Mac tahun lalu.

Perhimpunan setiap Jumaat itu bertujuan meningkatkan tekanan kepada Israel supaya melonggarkan sekatan dan kepungan yang dikenakan ke atas Gaza sejak 12 tahun lalu.

Ia juga bertujuan menuntut hak untuk pulang ke kampung halaman dan tanah yang dirampas oleh rejim Zionis pada 1948. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!