60,000 pengundi Tanah Merah bakal terima kain pasang
KOTA BHARU - Lebih 60,000 penduduk Parlimen Tanah Merah yang berdaftar sebagai pengundi bakal menerima sumbangan kain pasang daripada Ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.
Sumbangan yang dijangka diberikan dalam waktu terdekat itu adalah hasil kerjasama antara Ikmal Hisham dan Jakel Trading Sdn Bhd yang dimeterai pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak di Shah Alam, Selangor hari ini.
Menerusi MoU itu, Jakel akan membekalkan sebanyak 67,000 kain pasang 'washable silk' kepada Ahli Parlimen Tanah Merah itu.
"Pemberian sumbangan itu sebagai menghargai sokongan yang diberikan pengundi Tanah Merah kepada saya selama ini termasuk pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.
"Kita akan agihkan secara berperingkat dan dijangka selesai menjelang akhir tahun ini," katanya di sini hari ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!