Dua beradik hilang dibawa arus deras

Gerakan mencari dan menyelamat masih dilakukan oleh pihak bomba di lokasi.
Gerakan mencari dan menyelamat masih dilakukan oleh pihak bomba di lokasi.
A
A
A

SEPANG - Dua kanak-kanak hilang dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di muara Sungai Sepang, Bagan Lalang di sini petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, Pusat Gerakan Operasi Selangor menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 3.37 petang.

"Seramai 10 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sepang bergegas ke lokasi dengan sebuah jentera. Difahamkan, enam kanak-kanak yang sedang mandi di sungai tersebut dibawa arus deras akibat air pasang.

Siti Nuralya dan Muhammad Hafiz hilang dikhuatiri lemas dibawa arus deras ketika mandi di muara Sungai Sepang.
Siti Nuralya dan Muhammad Hafiz hilang dikhuatiri lemas dibawa arus deras ketika mandi di muara Sungai Sepang.

“Empat daripadanya berjaya menyelamatkan diri manakala manakala dua lagi dipercayai lemas dibawa arus. Gerakan mencari dan menyelamat masih dilakukan oleh pihak bomba di lokasi,” katanya.

Mangsa yang hilang dikenali sebagai Siti Nuralya Mohd Zainal, 11 dan Muhammad Hafiz Mohd Zainal, 14.

Empat kanak-kanak yang berjaya menyelamatkan diri dikenali sebagai Muhammad Al Hakim Mohd Zainal, 9; Muhammad Alif Haikal Mohd Zainal, 7; Muhammad Luqmann Hakim Mohd Khairilnizam, 7 dan Muhammad Ferdaus Rizwan Mohd Khairilnizam, 11.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!